Tuesday, 22 February 2022

Program Tranformasi Minda Pencegahan Dadah

 Program Tranformasi Minda Pencegahan Dadah

Lokasi: Pekan Batu 39 Sabak
Tarikh: 21 Februari 2022
En Mohd Ezham bin Mohd Azmi Penghulu Mukim Sabak telah merasmikan program yang dianjurkan oleh MPKK Kampung Tengah. Turut hadir semasa program adalah Dato Seri Rahim bin Ahmad Penyelaras Dun Sungai Air Tawar.
Tahniah kepada Encik Abdul Latif bin Zakaria Ketua Kampung Tengah kerana berjaya megadakan program seumpama ini dalam memberi kesedaran kepada komunit tentang bahaya penyalahgunaan dadah. Perasmian papan tanda turut diadakan yang merupakan inisiatif komuniti dalam memastikan kawasan Kampung tengah terkawal daripada penyalahgunaan dadadh.
Pihak AADK turut memberikan perkongsian sempena peringatan Hari Antidadah Kebangsaan Tahun 2022 dan mengadakan pameran sepanjang program ini berlangsung.














Program Walkabout & Outreach Sempena Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan Tahun 2022

Lokasi: Pantai Redang, Sekinchan dan Kawasan Sekitar

Tarikh: 19 Februari 2022 (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi
AADK Sabak Bernam bersama beberapa NGO dan Ikon Antidadah mengadakan Walkabout , Walking Message, Edaran Risalah dan Outreach sempena Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan Tahun 2022. En Mohd Zaidi bin Hasun, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Sg Lias/ Sg Besar yang juga Ikon Antidadah turut bersama dalam program ini termasuklah En Muhammad Sareh bin Amat yang juga Ikon Antidadah Belia Daerah Sabak Bernam. NGO seperti Jawatankuasa Pemulihan Daerah (JKPD) Sabak Bernam, Skuad Antidadah dan MPKK Sg Lias Sg Besar turut bersama-sama dalam program ini.














Sunday, 13 February 2022

PAMERAN SEMPENA PROGRAM KENDURI KAMPUNG MALAYSIA

 LOKASI: DORANI HOMESTAY

TARIKH: 06 FEBRUARI 2022

Terima kasih kepada pihak penganjur kepada kesudian menjemput pihak AADK Sabak Bernam untuk bersama-sama menjayakan program ini dalam memberi dan berkongsi kepada komuniti tentang bahaya penyalahgunaan dadah. 

_________________________________________







Sesi perjumpaan dan perbincangan Pengarah AADK Negeri Selangor bersama pegawai dan kakitangan AADK Daerah Sabak Bernam

Tarikh: 16 Januari 2023 (Isnin) Tempat: Pejabat AADK Daerah Sabak Bernam Terima kasih kepada Tuan Nazir bin Mohammad, Pengarah AADK Negeri S...