PROGRAM INSTITUSI PENDIDIKAN BEBAS DADAH
Ceramah & Pameran Antidadah
Tarikh : 23 Mei 2022 ( Isnin )
Tempat : SMK Ungku Aziz
Masa Sesi 1 : 8.30 pagi hingga 11.00 pagi/ Sesi 2: 1.00 petang hingga 3.00 petang
Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Sabak Bernam ingin merakamkan penghargaan, syabas dan tahniah kepada SMK Ungku Aziz di atas pelancaran Minggu Anti DARVIH dan pihak kami juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi mengundang pihak AADK bersama-sama dalam pelancaran pada kali ini.
Turut diadakan Pameran Antidadah , Ceramah Bahaya Penyalahgunaan Dadah daripada pihak AADK serta MoU kerjasama di antara SMK Ungku Aziz dan AADK.
Semoga kolaborasi antara SMK Ungku Aziz dan AADK dapat diteruskan di masa akan datang bagi mencapai objektif pencegahan dadah di institusi pendidikan di Sabak Bernam khususnya.
________________________________________
Jika anda atau orang yang anda kenali ingin menyertai program rawatan dan pemulihan dadah yang disediakan oleh pihak AADK, sila hadir ke pejabat AADK yang berhampiran atau hubungi talian Hotline AADK di 03-8911 2233 atau 019-626 2233.