26.10.2022 (Rabu)
Tempat: Bagan Jalan 1 Sungai Besar
Tuan Amri bin Ismail Pegawai Daerah Sabak Bernam bersama Puan Siti Azura Binti Mohd Saad, Penolong Pengarah AADK Negeri Selangor mewakili Pengarah AADK Selangor turut meninjau lokasi Ops Kekal yang diadakan. Turut hadir bersama adalah En Zulazli bin Hashimuddin Ketua AADK Daerah Sabak Bernam dan wakil jabatan yang lain.
Dalam tinjauan tersebut, Tuan Pegawai Daerah telah memberikan cenderahati kepada jabatan yang terlibat dalam menjayakan ops kali ini bagi menzahirkan penghargaan kepada agensi yang membantu menjayakan aktiviti berteraskan pengekalan persekitaran selamat dari isu penyalahgunaan dadah dan jenayah.
Semoga aktiviti yang dijalankan ini dapat membantu individu yang terlibat dalam penyalahgunaan atau penagihan dadah untuk mendapatkan rawatan dan pemulihan di AADK dan bukannya bagi tujuan menghukum selaras dengan pelaksanaan Model i-Prihatin AADK berlandaskan undang-undang semasa.
____________________________________________________________________
Jika anda atau orang yang anda kenali ingin menyertai program rawatan dan pemulihan dadah yang disediakan oleh pihak AADK, sila hadir ke pejabat AADK yang berhampiran atau hubungi talian Hotline AADK di 03-8911 2233 atau 019-626 2233.