Thursday, 16 July 2020

MAJLIS TINDAKAN MEMBANTERAS DADAH (MTMD) BIL 1 TAHUN 2020 DAERAH SABAK BERNAM




Mesyuarat MTMD Daerah Sabak Bernam ini telah dipengerusikan oleh Tuan Nasir bin Mamat, Pegawai Daerah dan Tanah Sabak Bernam. Beberapa pembentangan telah dilakukan termasuklah pembentangan berkaitan Inisiatif bersepadu Daerah Sabak Bernam. Antara jabatan yang telah membuat pembentangan termasuklah AADK Sabak Bernam,IPD Daerah Sabak Bernam (Bahagian Siasatan Jenayah Naroktik), Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam, Pejabat Pertanian Daerah Sabak Bernam dan RELA Daerah Sabak Bernam. Turut hadir semasa Mesyuarat adalah jabatan-jabatan Daerah Sabak Bernam antaranya seperti Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Sabak Bernam, Majlis Daerah Sabak Bernam, Pejabat Kesihatan Daerah, Pejabat Belia dan Sukan,Pejabat Perpaduan, Pejabat Penerangan, Pejabat Agama Islam, KEMAS Daerah Sabak Bernam dan Penghulu-penghulu mukim Daerah Sabak Bernam. Turut dijemput bersama adalah Persatuan Nelayan Sungai Besar. Mesyuarat ini turut dihadir wakil daripada AADK Negeri Selangor.

No comments:

Post a Comment

Sesi perjumpaan dan perbincangan Pengarah AADK Negeri Selangor bersama pegawai dan kakitangan AADK Daerah Sabak Bernam

Tarikh: 16 Januari 2023 (Isnin) Tempat: Pejabat AADK Daerah Sabak Bernam Terima kasih kepada Tuan Nazir bin Mohammad, Pengarah AADK Negeri S...