Wednesday, 24 November 2021

PROGRAM OUTREACH JAWATANKUASA PEMULIHAN DADAH DAERAH (JKPD) DAERAH SABAK BERNAM

 PROGRAM OUTREACH JAWATANKUASA PEMULIHAN DADAH DAERAH (JKPD) DAERAH SABAK BERNAM

Tarikh : 10 November 2021 (Rabu)

Tempat : Sekitar Mukim Sungai Besar

Anjuran : JKPD Daerah Sabak Bernam






Penglibatan : 14 orang terdiri daripada ahli JKPD serta pegawai dan kakitangan AADK Daerah Sabak Bernam.

Program Outreach JKPD yang telah dijalankan pada hari ini memfokuskan lawatan ke rumah Orang Kena Pengawasan (OKP) yang komplian dan tidak komplian. Turut bersama dalam program adalah Encik Mohd Zaidi bin Hasun Pengerusi JKPD Sabak Bernam 


Program ini bertujuan untuk memberi khidmat nasihat, mendidik dan menyampaikan maklumat mengenai perkhidmatan rawatan dan pemulihan dadah yang disediakan oleh pihak AADK dan NGO terlibat kepada kumpulan sasaran iaitu OKP dan ahli keluarga.

Selain itu, program pada hari ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada ahli JKPD untuk menyantuni OKP dan ahli keluarga mereka dari aspek perkembangan diri OKP dan situasi kepulihan semasa mereka.

No comments:

Post a Comment

Sesi perjumpaan dan perbincangan Pengarah AADK Negeri Selangor bersama pegawai dan kakitangan AADK Daerah Sabak Bernam

Tarikh: 16 Januari 2023 (Isnin) Tempat: Pejabat AADK Daerah Sabak Bernam Terima kasih kepada Tuan Nazir bin Mohammad, Pengarah AADK Negeri S...