26 April 2022, Sabak Bernam - Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Bilangan 1/2022 telah diadakan pada hari selasa di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tuan Amri bin Ismail, Pegawai Daerah Sabak Bernam. Dua kertas pertimbangan dan empat kertas makluman telah diangkat semasa mesyuarat MTMD kali ini.
Jika anda atau orang yang anda kenali ingin menyertai program rawatan dan pemulihan dadah yang disediakan oleh pihak AADK, sila hadir ke pejabat AADK yang berhampiran atau hubungi talian Hotline AADK di 03-8911 2233 atau 019-626 2233.
No comments:
Post a Comment