Tarikh: 12 Januari 2023 (Khamis)
Tempat: Pejabat AADK Daerah Sabak Bernam
Tuan Sutekno Ahmad Belon, Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), telah mengadakan lawatan kerja di AADK Daerah Sabak Bernam, Selangor pada Khamis.
Pada masa sama, Ketua Pengarah turut meluangkan masa bagi melihat pengoperasian, meninjau fasiliti pejabat AADK daerah dan beramah mesra dengan warga AADK Daerah Sabak Bernam.
Ketua Pengarah turut menyampaikan amanat dan nasihat kepada kakitangan agar dapat melaksanakan tanggungjawab dengan amanah dan integriti. Beliau menyarankan agar semua kakitangan bekerja dalam satu pasukan (solidariti) dan bukan secara individu (sailo). Beliau juga menzahirkan rasa puas hati sepanjang berada di AADK Sabak Bernam.
Tuan Amri bin Ismail, Pegawai Daerah Sabak Bernam turut hadir bersama sewaktu makan tengahari di pejabat AADK Sabak Bernam.
Turut hadir sama Tuan Azmi bin Mustafa, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan & Keselamatan, Tuan Zulfikri bin Abd Manaf Pengarah Unit Integriti AADK dan Tuan Nazir bin Mohammad, Pengarah AADK Negeri Selangor.
No comments:
Post a Comment