Program Intelek Asuhan Rohani (PINTAR 2.0)
Tempat:
Bilik Bunga Raya Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam, Sungai Besar
Terima
kasih kepada 8 sekolah yang telah menghantar penyertaan dalam program PINTAR
Siri 2/2022 Daerah Sabak Bernam. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Mohd
Jaluli bin Haji Yahaya, Pegawai Pendidikan Daerah Sabak Bernam. Turut hadir
adalah En Zulazli bin Hashimuddin Ketua AADK Sabak Bernam. Terima kasih kepada
rakan kolaborasi Pejabat Pendidikan Daerah, IPD Sabak Bernam, Pejabat Kesihatan
dan Pejabat daerah kerana kesudian berkerjasama dalam menjayakan program ini.
Antara
objektif program adalah bagi memberi pengetahuan kepada peserta tentang kesan
dan bahaya penyalahgunaan bahan selain membina kemahiran – kemahiran hidup
(Life Skills) dan resilien agar tidak terlibat dengan penyalahgunaan bahan.
Semoga
perkongsian bermanafaat kepada semua.
______________
Jika
anda atau orang yang anda kenali ingin menyertai program rawatan dan pemulihan
dadah yang disediakan oleh pihak AADK, sila hadir ke pejabat AADK yang
berhampiran atau hubungi talian Hotline AADK di 03-8911 2233 atau 019-626 2233.
#KitaDemiNegara
#LebihBaikCegah
#DadahTerkawal2025
#SelangorSejahteraTanpaDadah
#i-Cegah
No comments:
Post a Comment