Monday, 22 August 2022

Program Komuniti Bebas Dadah : Skuad Antidadah Daerah Sabak Bernam Siri 2/2022

 Terima kasih kepada ahli Skuad Antidadah yang sudi melapangkan masa bagi menjayakan Program Skuad Antidadah Siri 2/2022 Daerah Sabak Bernam. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Zain Azmi Bin Mohd Nor, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan). Turut hadir adalah En Zulazli bin Hashimuddin Ketua AADK Sabak Bernam dan Encik Mohd Zadi bin Hasun, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Sungai Lias/Sungai Besar.













Terima kasih kepada rakan kolaborasi Pejabat Hutan Pantai Kelang, IPD Sabak Bernam, Majlis Daerah dan Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam kerana kesudian berkerjasama dalam menjayakan program ini.
Semoga melalui program ini dapat melahirkan ahli Skuad Antidadah yang mempunyai daya fikiran yang positif, kreatif serta mengamalkan gaya hidup sihat seterusnya menjadi agen sebaran maklumat kepada komuniti.
______________
Jika anda atau orang yang anda kenali ingin menyertai program rawatan dan pemulihan dadah yang disediakan oleh pihak AADK, sila hadir ke pejabat AADK yang berhampiran atau hubungi talian Hotline AADK di 03-8911 2233 atau 019-626 2233.
#i-Cegah

No comments:

Post a Comment

Sesi perjumpaan dan perbincangan Pengarah AADK Negeri Selangor bersama pegawai dan kakitangan AADK Daerah Sabak Bernam

Tarikh: 16 Januari 2023 (Isnin) Tempat: Pejabat AADK Daerah Sabak Bernam Terima kasih kepada Tuan Nazir bin Mohammad, Pengarah AADK Negeri S...